Selamat Datang Ke Laman Web Surau Al-Ikhlas, Bandar Puncak Alam, Selangor

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
&
Salam Sejahtera

Bangunkan Masjid, Bangunkan Ummah

“Sedekah Terbaik: Membina Rumah Allah, Menempah Istana di Syurga”

Bayangkan, setiap sujud, setiap doa, dan setiap ayat Al-Quran yang dibaca di surau ini, pahala mengalir kepada anda. Surau Al-Ikhlas, Bandar Puncak Alam, bakal menjadi mercu tanda ibadah dan kebajikan bagi komuniti setempat. Namun, untuk merealisasikan impian ini, kami memerlukan insan dermawan seperti anda.

Mengapa Pembangunan Surau Ini Sangat Penting?

Jemaah Yang Semakin Ramai

Limpahan jemaah terpaksa bersolat di luar kerana ruang yang terhad.

Aktiviti Komuniti Setempat (28)

Rumah Kedua Umat Islam

Menjadi pusat tumpuan masyarakat untuk ibadah, menuntut ilmu, dan berkumpul dalam majlis ilmu.

Aktiviti Komuniti Setempat (14)

Pusat Keilmuan & Kebajikan

Menyediakan kelas mengaji, ceramah agama, serta aktiviti kebajikan untuk semua peringkat umur.

Aktiviti Komuniti Setempat (36)

Pahala Jariah Berpanjangan

Selagi masjid ini berdiri, selagi itulah pahala mengalir kepada anda.

Maklumat Pembinaan

📍 Lokasi: Surau Al-Ikhlas, Bandar Puncak Alam. Jalan Alam Suria 16/7, 42300, Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan.

🎯 Sasaran Kutipan: RM2.4 Juta

📅 Tarikh Jangka Siap: Disember 2025
Berikut adalah gambar proses pembinaan yang dijalankan. Walaubagaimanapun, kami masih lagi memerlukan dana untuk meneruskan projek mulia ini.
28 Rejab 1446H/28 Jan 2025

Bagaimana Anda Boleh Membantu Dalam Pembangunan Ini?

Bayangkan dengan hanya RM1 yang anda keluarkan, anda telah meletakkan satu batu bata dalam rumah Allah. Infaq anda, walaupun kecil, akan menjadi besar di sisi Allah.

Seiiring dengan potongan hadis dibawah:

Pahala belanja dijalan Allah S.W.T berganda...

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)

Kebenaran Pembinaan Masjid oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Kebenaran Kutipan Wakaf oleh Perbadanan Wakaf Selangor

Jom Wakaf & Infak Sekarang!

Tidak perlu menunggu kaya untuk memberi, kerana setiap sen yang kita dermakan hari ini adalah bekalan akhirat yang kekal abadi.

Anda boleh salurkan sumbangan ke akaun:

JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AL IKHLAS

12168 01000 5599

Atau melalui QR Code tertera
Jangan lepaskan peluang ini. Jadilah antara penyumbang yang meletakkan asas rumah Allah, dan nikmati ganjaran yang tidak ternilai di sisi-Nya. 🤲✨

Aktiviti Komuniti Jemaah Alam Suria

Antara aktiviti-aktiviti Komuniti Jemaah Alam Suria yang diadakan